Followers

Selamat datang Untuk geng wanshah.

Tuesday, August 3, 2010

Selamat datang ke blog geng-wanshah. cewahh.. testing2 jer nih.. nk wat tutorial musti kena test dulu. :P

Read more...

Kenangan tetap kenangan

Wednesday, July 28, 2010

Wawawa.. sedihnye aku lepasni unit aku dah nak berpecah.. Hilang dah la group kerja aku yang best² lagi gila². Bos pun akan bertukar gak. Mintak² la lepasni dapat bos baru yang cam best cam bos sekarang ni jugak. Opss.. lupe plak nak bgtau. Ni entry untuk incik wanshah lepaskan rasa tak best jer.. wawawa.. tak best.. tak best.. perjuangan harus diteruskan. Tengah hari tadi kitorang semua buat majlis makan² kat GP Beriani dekat Pinggiran Putra. Gambar² kat GP tak sempat nak pindah masuk komputer lagi. Tengah² makan, tetiba plak ada surprise. Dapat la hadiah ni.. zasSS!!..
wawawaa.. dah lama kawin pun dapat hadiah gak. Thanks ye bos, cik keynie, cik rozie, dan sume² la unit USTR. Kalau korang terer, cuba teka ape dalam bungkusan hadiah tu?.. haa.. dapat teka dapat hadiah. :P
nak tau sebab pe nama Rizzuan tu aka Goku?.. haa.. korang tengok pic kat bawah ni.
kalau tak nampak, boleh klik kasik besarkan. Gambar ni di edit oleh incik wanshah sendiri. :) gambar ni sebagai sovenier gak. Kitorang print kasik masuk frame, pastu sume orang dapat. Kire kenangan sebelum berpisah la ni. huhuhuh... sedihnye.. yang goku dok atas bumbung tu la incik wanshah. lepasni  masing² dah ada nama baru. 

p/s:- ye² je sedih.. padahal tukar unit jer pun. bukannye tukar pindah keluar. tapi sedih la jgk. wawawa..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Hati² kalau guna kad kredit

Sekadar mengingatkan pada rakan² semua. :) Harini bz sgt. tak sempat nak wat entry best².

p/s:- klik untukbesarkan image.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Puasa dah tak lama dah..

Sunday, July 25, 2010

Selamat pagi Isnin semua. dah cuti dua hari, nak bangun pagi pun malas² jer rasanye. tapi kewajipan perlu ditunaikan. Kalau tak, orang dah ke bulan, korang datang bulan jer la.. Opss.. salah cakap ke nih?.. huhuhuh.. sory².. ape da mengarut pepagi nih.. Pagi tadi aku direct drive dari melaka ke putrajaya. tu yang meong² jer kot. tension betul jalan jem gegiler ahh.. ada eksiden sebelum tol kajang dari arah melaka. tapi tak nampak plak kete eksidennye. dengar kat sinar jer tadi. tu yang tau ada eksiden. Slalu kalau balik kg wife kat melaka, memang pagi Isnin baru balik ptrajaya.

Nih korang dah get ready ke nak berpuasa di bulan puasa nih?.. tinggal lebih kurang dua minggu lebih jer nih nak puasa. Waa.. tak sabonye nak sambut puasa. (yer² jer ngko.. tak sabo nak puasa ke tak sabo nak raya. huhuhu.. :P) Ape pun, rasanye tak de la awal sangat if incik wanshah mau ucapkan selamat menyambut bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi. kan?².. :)

Hari sabtu haritu skolah wife ada jemput incik wanshah wat training pasal blog kat skolah. Merasa la jadi cikgu kejap. Ngajo cikgu² plak tu. Segannye.. wawawa.. cz skarang ni cikgu² kena ada blog. Ni cikgu² kat melaka la. cikgu kat tempat lain aku tak tau la plak kena ada blog masing² ke tak. cz Jabatan Pelajaran nak cikgu² manfaatkan blog untuk update perkembangan dan aktiviti di skolah masing². So, incik wanshah kena la wat nota sket untuk bagi kat diorang. Training simple² jer. Nak wat dasyat², tak mampu la. huhuhhh.. Kalau korang nak nota yang incik wanshah wat ni, bleh la email ek. kat wanshah87@gmail.com

p/s:- free jer.. kalau nak bayar, kurang² RM150. so, jgn gatal² nak bayar ek. hueheuh.. guro jerk. :)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Ikan pun menyusu jugak.

Thursday, July 22, 2010

Macam tak pecaye la.. ikang pun pandai menyusu gak ek. ingatkan binatang kat daratan jer yang menyusu. ishh.. musykil nih.. kalau korang ada bela ikang, cuba try test bagi dia menyusu tengok dia nak ke tak. incik wanshah takde bela ikan. ta bleh try la. huhuh.. ape pun, jom tengok kat bawah ni. zasSS!!..

p/s:- hoihh.. menatang ikan ke nih?.. dia bagi minum susu ikan agaknye..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

gamba Ariel & Luna....panas(18SX)

Tuesday, July 20, 2010

Kalau korang ikuti kes diorang, memang panas.. siap wat pemeriksaan tulang lagi untuk cek betul ke tak dalam video tu betul ke diorang. Tapi lepas tersebarnye gambar kat bawah ni, lagi panas. zaassSS!!...

-
-
-
-
-
-
-

p/s:- cam siot jer sape yang wat gambar ni.. :P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Berjalan Sakan Hujung Minggu.

Sunday, July 18, 2010

Haa.. dengar topik pun dah macam best kan?.. :P jangan jeles aa.. sebenarnya incik wanshah takde la gi jenjalan mana sangat pun last weekend. Cuma tak melekat kat rumah gak la sepanjang hari. huhuhu.. Hari sabtu lepas gi banting, selangor. Incik Lan(abg incik wanshah la.. :P) pindah rumah. Ingat nak contact la pakciklie. Tapi takde plak contact no dia. :) adoyaii.. Kalau tak, dapat mengeratkan lagi hubungan silatublogger. (hahahh.. pepandai jer ko wanshah buat ungkapan baru.. ) Kat banting tu, kuaters polis baru tu kira bangunan paling tinggi la yang ada kat sana. Betui ka pakciklie?.. My bro dpt rumah tingkat sembilan. Kire tinggi gak la tu. nampak habis smua pemandangan kat banting tu.
yang korang nampak van putih kat bawah tu, ambulans namanya. cz kuaters polis ni sebelah jer ngn hospital. kalau jatuh bawah, terus jer masuk hospital sebelah (kalau sempat la. heuehue..). Dulu rumah polis orang panggil berek polis. Skarang ni dah takde dah berek². Smua dalam proses ditransformkan jadi kuaters dah. :) Alang² dah gi banting, petang tu nak bawak la cikgu nur(my wife la. :P) gi pantai morib. cewahh.. nak gi berdating la tu. heheh.. dah kawin baru best nak dating². :) skali incik lan pun mau ikut.. kak ipar pun dah perli² jer.. Haishh.. orang nak berdating mana bleh kaco. huhuh..
eh..ehh.. ni aweks sape tertinggal ni. alalaa.. malu² jer dia yer. nak ngorat bleh?.. heheheh.. ni pic cikgu nur yang terpaksa cover² cz segan bergambar. :)
ni plak pic incik lan n wife dia. Kesian Darwish dah tertido² dah haa..  time gi haritu, air tengah surut. tu yang nampak kering kotang jer.. tanya orang kat situ, diorang kata biasa pukul8 malam baru air naik balik. Tapi time air surut, ramai gak orang yang turun gi carik ketam. haishh.. cam takde keje lain. ntah ape ada dalam lumpur tu pun tak tau..
pemandangan matahari nak terbenam. :) balik dari morib haritu, kitorang terus gi pesta bunga kat Presint 2 Putrajaya plak. hadoilaa.. alang² dah berjalan, biar berjalan sakan. pastu balik tido jer. heuehueh.. Creative giler ahh.. diorang bleh guna bunga² untuk create makhluk nih.. zasSS!!..
waa.. hensemnye mamat yang bergayut tuhh.. dah macam dalam cite madagascar jer.. hhueheuh..
korang² ada yang gi Festival Flower ni ke?.. murah² gak la pokok yang diorang jual. incik wanshah sempat la beli pokok limau kasturi n pokok cili padi. heuehe... nanti bleh makan hasil tanaman sendiri. :)

p/s:- incik wanshah baru je semai pokok durian dalam pasu kat belakang rumah. :)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Training teknikal

Wednesday, July 14, 2010

Salam satu malaysia. cewahh.. apekabo semua?.. :-) smalam dan kelmarin tak sempat nak wat entry. cz incik wanshah kena gi training teknikal notebook n printer. Haa.. lepasni korang nak repair notebook ke printer ke, pc² korang ke, bleh la contact² ek. :-P SMS ONWANSHAH hantar ke 33399. heuheuheu.. takla, memain jer la. Kalau nak mintak tolong, email jer kat wanshah87@gmail.com. insyAllah incik wanshah sudi membantu. huehuheu...
ni component² notebook yang dah di baraikan(disamble pd sape yang tak tau. :P) mulanya cam susah gak la. tapi dah faham consep pemasangan dia, senang jer la. component dia sama jer ngn pc.
Time bukak sume laju jer. bile time pasang, smua dah glabah. hahahah.. tu la, bukak tak mo tengok. Nasib baik cikgu ada. heuheuehue..
Notebook yang dah hampir siap dipasang. waa.. xsabo nak tengok hidup ke tak ni. :)
Uihh.. tekunnya akak tu memasang balik notebook dia ek. haa.. cepat².. pandai bukak, pandai la pasang balik. heuheuehu..
Haa.. yang kat depan tu cikgu tengah bagi penerangan pasal LCD. Ooo.. baru tau rupenye ape perbezaan LCD, Plasma, ngn LED. tak rugi gi training ni. Ckgu tu pun dasyat gak la. ada profesional certified utk notebook ni.

p/s:- mai².. repair komputer harga murah. heuheuheu...


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Demam bola dah berakhir..

Sunday, July 11, 2010


pic kredit to pakcik google

Akhirnya.. sotong jugak yang menang. Bukan sotong Oktopus yang menang lawan bola la. tapi tekaan sotong tu betul la walaupun sotong tu tataw ape² pasal bola. hahaha.. (mengong la sape yang percaya sotong tu ada power.) Punye la semangat incik wanshah set alarm malam semalam nak tengok final punye pasal. (Padahal tak minat sangat pun tengok bola. huhuhu.. ) Perlawanan biasa² tak tengok pun takpe. Tapi final musti tengok. Cz nak tau sape juara jer. huhuhu..

pic kredit to google. Lepasni sume pakat bela sotong octopus banyak² ek. :-P

Giler ahh.. Belanda lawan ngn Spain. 90minit lawan masih lagi seri 0-0. Ingatkan pengadil nak bagi sepakan penalti ke ape. Tambah lagi 15minit pun seri gak 0 berbalas 0. Second tambahan masa baru la Spain dapat score. Hoyeehh... cayalah Spain. dan² tu gak berpaling tadah tukar sokong Spain. hahahh.. tak tetap pendirian. :-P
Spain bernasib baik gak la dapat score pada minit ke-116. Kire Belanda ngn Spain ni lebih kurang sama kuat la. Cuma Spain bernasib baik cz ada ruang jer. Alih², pukul 5 pagi gak la baru habis game tu.

p/s:- subuh gajah la jawabnye.. :P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Hello!! Hello!! wat kejer!!

Thursday, July 8, 2010

Hello.. Helloo!!.. Kopi Ais ada? emm.. nasik himpit 2, satay ayam 50 ye.. hantar kat bilik saya skarang..
-
-
-
-


p/s:- nih boring tahap chipanzi nih..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

3hari blog tak bleh bukak..

Assalamualaikum w.b.t. mahap sesangat kepada sesiapa yang ada masuk blog ni 2 3 hari lepas tapi tak bleh masuk. thanks eh cz melawat blog TKSB ni. wawawaa.. setting tidak berjaya.. ingatkan mau tukar la domain wanshah.co.cc. skali tak bleh plak. tu yang blog nih 3hari 2malam(macam pakej honeymoon plak) tak bleh bukak. :'-( 

At last, terpaksa la tukar balik ke domain blogspot jer. wawawa.. akan ku cuba jua satu hari nanti. Musti gak tukar domain nih. Dah berjaya nanti incik wanshah kasik tutorial kat sini ek. K, salam.

p/s:- harini mau balik melaka. :-)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Kecik² dah terer.

Monday, July 5, 2010

Camne la ahli gymnastik malaysia nak kalahkan gymnastik mat² saleh ni. Diorang dari kecik dah ajar anak diorang wat gymnastik. Kite dah tua bangka baru nak belajo, mana nak buleh. (bak kata orang, tulang dah keras, urat dah liat, sakit sana sini..) mana nak bleh. huhuhu.. teruja gak la tengok bdk ni bleh lentur²kan badan. Kuat gak tangan² bdk² nih. zaassSS.. jom layan video ni. :-)

p/s:- incik wanshah pun mau main gymnastik gak la. jangan tekejut ek?.. heuheue.. :-P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Sinchan ke ni?

Adoyaii.. pepagi lagi dah nak tergelak dapat email dari sorang member. Ingatkan sinchan betul la. rupenye ada orang make-up anak dia jadi macam sinchan. Anak sapa la tu kan?. :-) ZassSS.. jom tengok pic kat bawah ni.
Wah..wahh... comelnye budak ni. memang ada gaya macam sinchan la. Mak ayah dia excited sangat kot tengok cite sinchan. tu yang dapat anak macam sinchan tu. Tengok lagi pic kat bawah ni. zaassSS..
Eh.. Ehhh.. dalam tido pun senyum lagi. memang sinchan betul la dak nih. :-P zaassSS lagi..
Bulatnye muka bdk nih. agaknye ape la budak tu nak kata kan?.. "mama, saya kencing lagi.. heheh.. " zasSS lagi kat bawah ni..
Rajin betul la mak bapak bdk ni gi kaler²kan anak dia bagi nampak macam sinchan. Kesian bdk tu. terpaksa dalam rela la.

p/s:- lepasni bleh makeup anak tu jadi doremon plak. heuehue..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

bunga dikebas orang :-(

Sunday, July 4, 2010

Huihh.. dah ada orang amik rupenye.. Cess!! nih yang tak puas hati ni. Korang nak tau ke ape yang tak puas hatinye ni?.. Haa.. meh nak cite.

pagi tadi saje dok surf webhosting. Ingat nak beli la domain 'www.wanshah.com'. tengok² dah ada orang amik. (Cehh.. duku dakat jugak incik wanshah ni karang. wat suspen jer..) sedihnye bile bunga dikebas orang(ayat jiwang yang skema dan poyos. :-P). wawawaa...
Incik wanshah dengan rasa tak puas hatinye terus jer bukak website www.wanshah.com tu. Apekejadahnye(kata kamarulzaman edisi khas ntv7 dulu tu..) bile tengok website tu. Tadaaaaa.. tengok² website tu ada Teddybear jer. nasib baik teddybear tu comel² jer belaka.
Ntah sape la yang rajin wat website camni kan?.. takpun mungkin mana² webhosting dengki ngn incik wanshah. ta mo bagi incik wanshah guna wanshah.com. dia kasik park jer gambar teddybear nih.. Cuba korang taip nama korang plak letak dot com. mana la tau cz korang pun dah ada website masing² gak tanpa diketahui. hueheuheu..

p/s:- untuk maklumat, wanshah.com ni bkn incik wanshah punye website ok. seriously bukan. wawawa..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP