Followers

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

MillatFacebook.com vs Facebook

Tuesday, June 1, 2010

Korang dah pernah dengar apa itu MillatFacebook?.. kalau facebook ofkos la biasa kan?.. ni incik wanshah nak tolong bagitau. Sebenarnya incik wanshah pun baru jer tau. heuheue.. Millatfacebook ni dicipta untuk memerangi  facebook ciptaan yahudi laknatullah. Kalau kita tak blh memerangi israel&yahudi laknatullah secara fizikal, kenapa tidak kita memerangi menggunakan IT. Kita boikot penyumbang utama sumber kewangan mereka. (Tolong betulkan ye if incik wanshah salah.)

Beberapa orang pakar IT dari Pakistan telah membangunkan sebuah laman web rangkaian sosial yang dinamakan sebagai MillatFacebook atau linknya adalah www.millatfacebook.com. Ia dibangunkan adalah untuk memboikot dan menghapuskan (insyaAllah) laman web rangkaian sosial yang popular iaitu Facebook. Sebenarnya Facebook adalah web yang dikategorikan bersifat positif tetapi apabila disalahgunakan ia menjadi negatif dan ada sesetengah kes (mengutuk, menyiarkan gambar2 tidak senonoh, Pertandingan melukis Nabi Muhammad dll) ia menjadi haram penggunaannya.Sebab itulah demi menjaga kesucian agama Islam, laman web www.millatfacebook di bangunkan.. jadi sesiapa yang telah mempunyai facebook ( Ciptaan Yahudi Laknatullah) harus memikirkan apa yang perlu dilakukan sekarang...
Cara nak signup pun sama jer macam facebook. So, korang jangan lupa add incik wanshah ek?.. huhuhuh.. millatfacebook ni takde la secanggih facebook ciri² dia. tapi kira ok la tu sebab baru lagi, korang semua kena support la. Mybe bila dah betul² kukuh dan sponsor pun dah banyak, insyAllah features dia lebih baik dari facebook. 

Apa yang bagusnya mengenai Millatfacebook ni, administrator millatfacebook berhak memadam dan mendelete(sama la tu.. haish..) apa² content yang dianggap boleh mencemarkan maruah Islam. Maka, jom la sama²  kita join komuniti Millatefacebook. InsyAllah dengan adanya komuniti Islam yang kuat, maruah agama kita tak blh diperkotak katikkan. (wahh.. ustaz wanshah dah start berceramah.. :-P)

"Welcome To Join In Millatfacebook"

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

Read more...

Korang kuat makan gula?

Thursday, May 20, 2010

Hmm.. entry kali ni lain sket. incik wanshah mau tujukan kepada korang² yang kuat makan gula. haa.. kena jaga² nih. nanti kaki kena potong tatau.. kaki tak bleh jalan jer. tapi kalau tangan kena potong, macam mana mau taip entry blog² kesayangan korang tu?.. haa.. meh layan gula-gula kat bawah ni. hati² kalau nak makan tu.


p/s:- sayangilah diri anda. pesanan dari TKSB.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

Read more...

7 Tips Resume

Tuesday, May 11, 2010


Korang ingat lagi tak entry pasal interview kerja kerajaan yang pernah aku buat pada penghujung tahun lepas. Harini aku nak kongsikan sikit lagi tips² yang boleh korang gunakan sewaktu nak pergi interview nanti. Tak kisah la korang nak gi interview kerja kerajaan ataupun private. Entry kali ni aku nak ceritakan tips² RESUME yang aku dapat dari saudara Jamaludin Bahari. Resume ni bukan sahaja perlu dibawak(bkn biawak.. =P) sewaktu temuduga. Tetapi jugak, korang boleh sertakan didalam surat permohonan sewaktu korang menghantar surat permohonan kerja ataupun praktikal. So, jom kita tengok tips²nya.

1.  Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan korang 'ready' untuk disoal
 banyak dalam English. (haa.. boleh ke? kalau tak bleh, wat la dalam BM yer. bahasa melayu, bahasa ibunda. :))

2.  Maksima resume - 2 muka surat! Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga 'malas' melihat kesemuanya.

3.  Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume korang..(gambar korang jer tau. jangan gambar berdua pakwe makwe plak.. memang kena pelempang la nanti. =P)

4.  Pastikan resume ditulis dengan ringkas tapi padat. Usah menulis panjang berjela (sebab ini bukan surat cinta).

5.  Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan 'glossy paper'saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya(yang ni memang terbukti dimana² pun).

6.   Pastikan format susunan maklumat pada resume korang adalah betul. Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda.

7.  Gunakan font yang sesuai buat resume korang iaitu tahoma, arial, verdana atau calibri yang bersaiz 10-12. Jangan gatai² tangan guna font yang berkerawang-kerawang plak.

p/s: ada sape lagi nak tambah, bleh kongsikan kat ruangan komen ek. :-)  
picture credit to google.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

Read more...

MyKAS? Ape tu?!

Wednesday, May 5, 2010

Adalah dimaklumkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau) akan mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) mulai 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun. Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara sediaada yang ingin menukar kepada MyKas adalah dibenarkan tetapi mereka akan dikenakan bayaran permohonan sebanyak RM40.00. Tiada sebarang perubahan mengenai prosedur penerimaan permohonan seperti mana sebelum ini.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, korang jangan terkejut plak lepasni kalau kat luar sana ada nampak orang guna mykad warna hijau camni. Eh, silap plak. yang ni bukan mykad, tapi MyKAS. tengok dekat kad tu dia ada tulis. =)(poyonye incik wanshah nih.. dah terang² la orang nampak..) Yang ni untuk pendatang asing yang duduk di negara kita ni buat sementara waktu bagi tempoh² tertentu jer. Kalau penduduk tetap, warna kad tu ialah merah dan dipanggil MyPR(Permanent Resident). So, lepasni jangan terkejut plak kalau tengok orang guna. Malu jer kite rakyat Malaysia tatau. huhuhhu..

p/s: ada sape² nak guna MyKAS ke?.. kena la jadi warganegara asing dulu. =P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

Read more...

Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Friday, April 30, 2010

Email diterima dari seorang rakan. incik wanshah kongsikan disini supaya korang tak teraniaya. Nak tau kenape? sebab incik wanshah sayang semua. =) huhuhu.. (sejak bile plak pandai berskema nih.. hueheuh..)


this picture credit to google.com

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.
Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan -  Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
    Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. 

p/s: jadi, berhati-hatilah bila korang dapat panggilan palsu dari penjenayah yang tak berhati perut ni ek. perut diorang dah dibuat sate perut. (adess.. sempat merapu lagi nih. :-P)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP