Followers

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Sunday, March 21, 2010


Kali ni aku nak join contest dari blog Diari Seorang Lelaki. Contestnye mudah sangat syarat²nya. Just cerita jer ape korang nak wat kalau dapat duit RM100 nih. Oleh kerana aku ni dah kawin, budget tak bleh sorang². Kena budget utk berdua. Baru la fair kan?.. hueheuheu.. nak gi melancong ngan duit RM100 ni memang tak cukup. Melainkan kalau Lelaki Ini nak bagi aku RM1000. tu memang bleh gi melancong la. bleh bawak lelaki ini skali tapi dok bilik lain² la ek. heuehueh.. jgn marah ek lelaki ini. guro jerk. :-P

Kalau aku dapat duit RM100 tu, aku nak setlekan benda² kat bawah ni:-
  • Bayar bil air (RM10) - cukup la bil air banyak tu. dok berdua jer tak banyak guna air. lagipun skarang ni air dah nak kena catu. so, ikut la saranan kerajaan jimatkan air. huhuhu..
  • Bayar bil api (RM10) - bulan ni punye agaknya RM10 gak kot. cz 2bln lepas bil aku direct RM10 jer. biasa la rumah kecik jer. guna lampu pun tak banyak. huhuhu..
  • Bayar bil Celcom (RM70) - ni bil aku ngn wife skali. bile dah kawin ni memang jimat bil telefon. ngn wife pn bleh sembang depan² jer. tak payah nak call lama². cakap dlm fon pun bukannye best. huhuh..
  • Makan snake plate KFC (RM9.80) - cukup la tu kongsi 2orang. huhuhu.. budget².. dulu sblm kawin makan xbleh kongsi. dah kawin, kongsi dapat pahala lg tu. berkat². :-P
So, dengan RM100 tu jimat la jugak duit aku untuk bayar bil air, api, telefon dan jugak dating ngn bini makan KFC. huhuhuhuhh.. sape nak bagi RM100 tu free² je weh. so, kalau korang nak, jom la join contest Lelaki Ini ek. klik jer sini. KLIK SINI.

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;


Aku telah men-join-kan diri(bahasa ape da ni..) untuk contest yang kesekian kalinye diblog http://mybabyshoponline.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut, korang boleh ke blog tersebut dengan meng-kelik link tadi ataupun banner di atas. Harap² bertuah bleh dapat hadiah barangan baby. tak payah la beli dah nanti. huhuhu.. :-)


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

Read more...

My Favourite Surfing Spot

Sunday, March 14, 2010

Ermm.. kepada sesape yang dah terbaca entry aku pasal "My Favourite Surfing Spot" nih diam-diam jer la ek. huhuhuhu.. aku rasa memang terpesong agak jauh la. :-P Tapi tak pe la, aku saja nak cerita masa aku kecik-kecik dulu. aku tulis entry pasal entry ni sebab nak join contest yang dianjurkan oleh pihak nuffnang. sambil-sambil tu dapat la aku share tentang korang berkenaan life aku. cewah.. cambest jer.. huhuhuh.. :-)

Ok, berbalik pada tajuk entry ni "My Favourite Surfing Spot". Maksudnya tempat yang korang paling suka untuk korang surfing internet la. Tak kira la berblogging ke, meng-Facebook ke, dan macam-macam lagi la yang berkaitan ngn internet. Aku rasa memang bagus gak la nuffnang wat tajuk camni. Bila blogger menulis tentang tempat kegemaran dia berblogging(online/surfing la tu.. ) secara tak langsung pembaca dapat meng-agak bagaimana kehidupan seseorang blogger tu. Kadang-kadang baca entry dia macam best giler. Mana la tau ntah-ntah dia berblogging dalam reban ayam ke. tu contoh jer la aku bagi. huhuhuh.. secara tak langsung kita tau life blogger tu camne kan?.. kan²?.. :-) ada setengah orang suka tempat yang sunyi untuk mendapat idea. Tapi bagi aku, aku tak kisah pun. Sebab aku memang ada tempat feveret aku untuk berblogging. Nak tau katne?.. :-) meh bayar RM10 dulu baru aku cite. hueheuheu.. tak la, aku guro jerk. :-P

Sebelum-sebelum ni aku update blog aku kat rumah jer. cz aku ada berukband. Tapi memandangkan diPutrajaya ni berukband aku tu tak menunjukkan prestasi yang bagus, so aku terminate je terus biar puas hati. coz nak bukak blog punye la payah. kadang-kadang jer bleh. bukannya kadang-kadang jer tak bleh. Pic henset kat atas tu adalah henset kesayangan aku. dah 3tahun aku guna henset tu. memang banyak betul berjasa pada aku. kebanyakan pic dalam blog ni sume aku snap menggunakan henset tu. Lepas aku terminate berukband aku tu, opis jer la menjadi tempat utama untuk aku mengupdate blog, huhuhhuhuhu.. jangan ingat aku curik tulang ek.. aku update bile ada time free jer tau. kadang-kadang aku update waktu habis keje. Layan bukak website nuffnang tengok ada pertambahan ekonomi ke tak. hahahhaha.. mata duitan betul la ko ni wanshah. :-P Kadang-kadang lewat gak la aku balik. paling lewat pun pkl7 jer. coz malam diorang tutup lampu maa.. ni member aku ada promote utk guna berukband sama cam dia punye. brand ape tu aku tak bleh bgtau la. nanti kata memboikot plak. huhuhuh..

So, lepas ni korang share la plak kat mana faveret surfing spot korang ek. bleh aku menerjah blog korang plak. :-)
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS



Yang Betul,

Read more...

Contest dnGiveAway

Thursday, March 11, 2010

CONTEST! Contest!! dan contest!!.. ni nak share ngn korang smua. smalam aku jenjalan kat blog dnblogshop. Tertarik plak nak join contest kat situ. Tengok takde orang join lagi, mybe aku yang pertama join. Kalau korang tak join, rugi.. Ana bolot ente punya hadiah. :-P

Syarat²nya adalah seperti berikut:-
  • Jadi Follower dan FB Fan.
  • Register as DnMembership.(terpulang la, klu tkt sgt xPYH)
  • Buat 1 post mengenai Dngiveaway di Blog/Facebook/website sertakan link ini, jadi peserta lain boleh serta sama.(wajib)
  • Tambahkan Picture beserta link blog ini. Di side bar.(wajib)
  • Tinggalkan komen dan link post.(sgt wajib)
  • Tarikh Tutup 15 April 2010. 
Untuk menyertai, jom ke link ini.
    p/s: kalau korang taknak ana bolot itu harta sorang², jom kita serang. hueheuheu..

    Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


    Yang Betul,

    Read more...

    Best Bits of Project Alpha Season 1

    Wednesday, March 10, 2010

     Rasanya ramai yang dah tahu pasal Project Alpha Season 1 yang dianjurkan oleh nuffnang ni. Project ni memang sangat bagus kerana kite dapat mengenali bloggers² terkemuka tanahair. Bayangkanlah, dari berjuta-juta blog dialam maya, hanya diorang saja yang terpilih. memang hebat la diorang berblogging. Aku pun tak mampu camtu. Orang masuk blog aku pun dah kira ok la tu.

    Untuk Project Alpha Season 1 ni, terdapat 7orang bloggers yang diterjah oleh nuffnang. antaranya:
    yang aku paling suka, abangnara tu la. asalnya aku ingatkan dia tu perempuan. member-member ofis aku cukup minat giler dengan blog dia. Bila dah diterjah oleh nuffnang, barulah aku tahu penulis dia lelaki rupanya. Project Alpha ni memang sangat bagus aku rasa. sebab dia bukan sahaja menonjolkan bloggers² yang hebat. Malah dia menyelami kehidupan sebenar seorang bloggers. Korang boleh ikuti lebih lanjut berkenaan project alpha ni di Facebook. Korang boleh add Facebook Project Alpha dengan klik batch Facebook dibawah ni.

    Di alam maya kite tidak tahu bagaimana kehidupan sebenar mereka ni. Tapi bila dah diterjah, baru la kita tahu bagaimana kehidupan mereka sebenarnya. Dengan adanya project alpha ni, kita juga boleh mengenali dengan otai-otai bloggers ni lebih rapat disamping dapat belajar dari mereka bagaimana untuk menjadi bloggers yang hebat. bukan macam wanshah la. (ada harapan ke aku nak diterjah? wawawa.. cam takde langsung jer. :-P) Penting sangat korang join Project Alpha ni sebab banyak hadiah-hadiah yang menanti. :-)

    Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

      Klik Ads dibawah sebagai tanda sokongan anda pada blog TKSB :-)






      Yang Betul,

      Read more...

      Cabutan Bertuah MDM 2010

      Friday, January 15, 2010

      Kepada korang² semua, aku ada join satu contest dari blog kak asha(kena panggil akak la cz aku muda lagi. :-P) Hadiah cam best jer. So, ape lagi, jom la serbu ek. kite rebut hadiah cabutan bertuah. Cepat².. tarikh tutup dia pada 10 FEBRUARI 2010. Rugi kalau tak join. mana tau cz ada rezeki bleh dapat hadiah cabutan bertuah ke. :-P

      Untuk menyertai, korang boleh terus ke link ni. http://mdm7781.blogspot.com


      Yang Betul,

      Read more...

      About This Blog

        © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

      Back to TOP