Followers

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Solat Subuh di Masjid

Monday, January 25, 2010

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .


Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu kamu berubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .


Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong atau takbur sesama manusia, sekalipun kita berpangkat atau berilmu - kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"


Yang Betul,

Read more...

Bagi yang bergelar Dewasa

Sunday, October 4, 2009

JIKA ANAK KITA….

* jika anak kita hidup dalam kesabaran,
dia belajar jadi penyabar
* jika anak hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi
* h
* jika anak hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai
* jika anak hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin
* jika anak hidup dalam persetujuan,
dia belajat menyayangi diri
* jika anak hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar membina matlamat idup
* jika anak hidup dengan ilmu,
dia belajar memahami persekitarannya
* jika anak hidup dengan kemahiran,
dia belajar berdikari
* jika anak hidup dengan kata-kata yang baik,
dia belajar berfikir dengan baik
* jika anak hidup dengan adap,
dia belajar bersopan santun
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar membina maruah dirinya
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar peka dengan bahaya penyakit
* jika anak hidup dengan kesihatan,
dia belajar membina jati dirinya
* jika anak hidup dengan al-Quran,
dia belajat mengenali Tuhan
* jika anak hidup dengan doa,
dia belajar apa erti hidup sebenarnya
* jika anak hidup dengan kejayaan,
dia belajar apa erti kebenaran
* jika anak hidup dengan keselamatan,
dia yakin pada diri dan orang lain
* jika anak hidup dalam kemesraan,
dia belajar dunia ini tempat memberansangkan
* jika anak faham al-quran dan doa,
dia faham apa itu akhirat

Dengan ini, anak ini akan membesar dengan penuh ilmu, berkemahiran luas dan amalan, menyediakan dirinya untuk dunia dan akhirat.

TETAPI……….

* jika anak hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain
* jika anak hidup dalam kekerasan,
dia belajar melawan
* jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan,
dia belajar jadi pengecut
* jika anak hidup dalam iri hati,
dia akan belajar salahkan orang lain
* jika anak hidup dalam menderita,
dia akan belajar senang putus asa
* jika anak hidup dengan hukuman,
dia akan belajar rasa benci dan dendam
* jika anak hidup dengan penghinaan,
dia akan membina maruah diri yang rendah
* jika anak hidup dengan sumpahan,
dia akan mengikut sumpahan itu
* jika anak hidup dengan air mata,
dia akan belajar menyeksa orang lain

Jadi, mulakanlah hari dengan senyuman dan akhirkan hari dengan senyuman. Mulakanlah hari dengan solat, akhirkan hari dengan solat.
Mulakan hari dengan doa, akhirkan hari dengan doa.

Seharusnya kita sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa memahami bahawa hanya empat perkara sahaja yang boleh kita lakukan apabila membuka mulut, iaitu;

* lafazkan rasa kasih sayang
* tingkatkan silaturrahim
* sampaikan ilmu baru
* lafazkan kesyukuran

sebagai ibu bapa, pendidik, pengasuh, pengasas, guru-guru, baik pensyarah mahupun sesiapa yang dikatakan DEWASA, berilah peluang untuk setiap anak yang merupakan anugerah dan amanah Allah S.W.T kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara untuk dibesarkan dalam suasana yang terbaik supaya terhasilnya cita-cita kita menjadikan setiap anugerah itu khalifah di bumi Allah - Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. Renungkanlah dan tanyakan pada diri “Siapa Aku”.

oleh : Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak NURY



Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP