Followers

Button Menu

Wednesday, December 30, 2009

Assalamualaikum w.b.t.
waa.. pejam celik pejam celik.. dah nak masuk tahun 2010 rupenye. Kejap jer rasanye.. mcm baru smalam plak new year 2009. Sedar tak sedar, korang pun dah makin tua kan?.. (hahahahah.. xngaku gak wanshah nih. :-P) Ape azam korang tahun baru ni ek?.. aku?.. heheh.. rahsia.. malu la nak sebut. :-P

Ok la, kali ni tutorial aku berkenaan macam mana nak wat button menu yang terletaknya kat bawah banner. Tutorial kali ni atas permintaan dari member blog aku ieyda dari penang. Ok, jom mulakan tutorial.

Kalau korang kurang jelas, lihat gambar dibawah ni. Kawasan dalam bulatan merah tu adalah tempat untuk kite tempekkan button menu.
Langkah² untuk memulakan:
1. Login ke dashboard blog anda.
2. Kemudian pergi ke Layout -> Edit HTML seperti rajah di bawah.
3. Copy coding untuk button menu di bawah ni.



4. Paste kan coding tersebut tepat dibawah coding seperti dibawah ni.

<div id='content-wrapper'>

<div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>

<b:section class='crosscol' id='crosscol'/>

</div>



Gambarajah dibawah ini adalah sebelum coding button menu dipastekan kedalam coding templete.
Berikut dibawah ini adalah gambarajah setelah dipastekan coding button menu tadi.
Perhatian:
Lihat pada coding <a href="#"> gantikan "#" kepada link yang hendak anda letakkan pada button menu tersebut. Cthnya <a href="http://wanshah87.blogspot.com">

5. Save templete dan lihat hasilnya.
Gambarajah diatas adalah lebih kurang hasil yang korang akan dapat. korang boleh reka sendiri button mengikut citareka korang sendiri. Kalau perlukan bantuan aku untuk reka button ataupun text yang lain diatas button tu, roger jer aku kat ym. wanshah_87@yahoo.com

p/s: kalau korang rasa tutorial ni best, jgn lupe tinggalkan komen ek. :-)


Yang Betul,

Read more...

Selamat sudah..

Monday, December 28, 2009

Assalamualaikum w.b.t.
Huihh.. lama gak rasanya aku bercuti untuk kawin. Lama jugak la aku berehat dari berblogging ni. Kesian blog aku ni dah berkarat jer coz dah lama terbiar. Lepasni kena merajinkan semula jari² ni untuk berblogging smula. Thanks kepada member² yang sentiasa memberikan sokongan pada blog nih.

Tak lupa juga pada semua member² yang menghadiri majlis perkahwinan aku haritu, terima kasih sangat² aku ucapkan pada korang kerana sudi luangkan masa datang kenduri aku. nanti kenduri korang jangan lupa jemput aku plak ek. huehuehueu.. (aku n wife tau.. terperasan bujang plak. :-P)

Nanti aku uploadkan lebih banyak lagi gambar di Majlis Perkahwinan aku haritu kat blog ni. buat masa ni, photographer tak bagi gambar lagi. album gambar pn belum siap lagi. :-)

Yang Betul,

Read more...

TKSB berehat seketika

Tuesday, December 8, 2009

Assalamualaikum w.b.t.
Sidang blog TKSB akan berehat seketika buat sementara waktu. (cess.. poyo jer wanshah. mcm la ramai sgt sidang TKSB. padahal ko sorang jer. huhuhu.. ) Terlebih dahulu aku nak mintak maaf tersangat-sangat kepada semua tetamu blog ni mahu pun followers yang setia di blog TKSB ni. Mungkin sepanjang aku berblogging ni ada terkasar bahasa, tercakap mana yang tak kena, terposting yang tak sepatutnya.. aku ingin memohon maaf sangat² kepada korang semua. Ini kerana, aku akan berhenti berblogging buat sementara waktu bagi melangsungkan Majlis Perkahwinan pada 12 & 19 Disember 2009. Kalau ada yang ingin meluangkan masa untuk datang ke majlis aku, kadnya ada aku letakkan diblog ni. (korang cari kat atas tu ek?.. :-) )

p/s: gambar di atas disumbangkan oleh iLuvIslam.com
InsyAllah lepas selesai semuanya, aku akan kembali berblogging semula. Aku doakan korang semua sihat² dan gembira sokmo hendakNYA. :-) Selalu la melawat blog TKSB ni walaupun aku takde ek. :-) Harap korang dapat jugak doakan aku semoga sihat dan ceria selalu hendakNYA. Jangan lupa jugak doakan perkahwinan aku kekal bahagia untuk selama-lamanye ek. thanks untuk korang semua. :-)

p/s: kite jumpa lagi di entry yang akan datang. :-)
Yang Betul,

Read more...

100 Hari Sebelum Hari Mati!

Monday, December 7, 2009



Assalamualaikum w.b.t.
Bacalah dengan TELITI!! sekadar renungan dan persiapan buat kita semua yang bergelar Insan khususnya Umat Islam. Moga² kita sentiasa menginsafi diri yang fana ini.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........



Yang Betul,

Read more...

Karangan budak darjah 4

Sunday, December 6, 2009

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!

p/s: kalau korang rasa entry ni best, jangan lupa comment ek. nanti ada hadiah. :-P

Yang Betul,

Read more...

Jawapan sejarah yg buat cikgu pengsan

Friday, December 4, 2009

Klik untuk besarkan gambar dibawah ni. Coz korang kena baca karangan tu. Kalau tak nampak tulisannya, kommen kat bawah entry ni ek. Nanti aku besarkan gambar ni. :-)

Karangan A

Karangan B

p/s:- sekadar untuk berkongsi. :-) kalau korang rasa entry ni best, jgn lupa tinggalkan komen ek?.. :-P

Yang Betul,

Read more...

3 Footer Columns

Thursday, December 3, 2009

Hait.. menerjah lagi aku kali ni ngn tutorial baru. Alang² aku nak ubah templete blog aku, so aku terus wat tutorial untuk dikongsikan bersama korang. huhuhu.. Tutorial kali ni berkenaan dengan Blogger Footer. Jika korang menggunakan default blog template, korang mesti perasan pada bahagian Footer section, hanya ada horizontal Add a Gadget element yang sama kelebarannye ngn lebar blog. Contohnye seperti gambar nih.



So, jom kite ubah suai ( mcm nak modified kereta kancil biru plak. huheuheu.. ada org terasa ke nih?.. :-P ). Dalam tutorial ni, aku nak jadikan 3column pada bahagian footer dan letakkan default column tu dibahagian bawah. Contohnye seperti dibawah.
Kelebihannya:
►Korang boleh letakkan lebih widgets (gadgets).
► Susun mengikut kesukaan korang.
► Kandungan blog korang akan di LOAD lebih cepat jika korang letak gadget yang berat²(yg besar² saiznye la. bkn berat sekilo dua kilogram. huehueheu.. ) dibahagian bawah.

1. Jika terdapat widget (gadget) pada Footer, remove-kan terlebih dahulu:
LAYOUT ► check jika ada widget pada footer ► jika ada, click pd Edit dan ► Remove

atau, terus "drag" je ke Sidebar. Korang blh drag semula ke Footer setelah selesai menambah column pd footer.

PERINGATAN: Jangan lupa backup template anda terlebih dahulu!
(p/s: thanks putera al-maliki cz ingatkan saya =D )

2. Pergi ke LAYOUT ► EDIT HTML ► dan cari code seperti dibawah ni:
(p/s: korang boleh guna Ctrl+F untuk mencari koding dengan senang)

   ]]></b:skin>
   </head>

Kemudian, paste koding dibawah ni tepat² diatas koding diatas tadi.


   #footer-columns {
   border-top:1px dotted #999999;
    clear:both;
   margin:0 auto;
    }
    .column1 {
    padding: 0px 5px 3px 5px;
   width: 30%;
    float: left;
    margin:3px;
    text-align: left;
    }
    .column2 {
    padding: 0px 5px 3px 5px;
   width: 31%;
   float: left;
   margin:3px 3px 3px 5px;
    text-align: left;
   }
   .column3 {
    padding: 0px 5px 3px 5px;
    width: 30%;
    float: right;
    margin:3px;
   text-align: left;
    }
    .addwidget {
    padding: 0 0 0 0;
    }
    #footer-columns ul {
   list-style:none;
   margin:0 0 0;
   padding:0 0 0;
   }
   #footer-columns li {
   margin:0;
   padding-top:0;
   padding-left:0;
   padding-bottom:.25em;
   padding-right:15px;
   text-indent:-15px;
   line-height:1.5em;
   }
   body#layout #footer-columns {
   width: 100%;
   margin-left: auto;
   margin-right: auto;
   }
   body#layout .column1 {
   width: 32%;
   float: left;
   }
   body#layout .column2 {
   width: 32%;
   float: left;
   }
   body#layout .column3 {
   width: 32%;
   float: right;
   }


ini adalah coding CSS style untuk Footer section korang yang baru.

3. Untuk menambah container didalam layout korang, pergi ke LAYOUT ► EDIT HTML ► dan cari coding ni:

   <b:section class='footer' id='footer'/>

korang kena DELETE code tu, dan REPLACE dengan code ni:



   <div id="footer-columns">
   <div class='column1'>
   <b:section class='addwidget' id='col1' preferred='yes'    style='float:left;'>
   </b:section>
   </div>
   <div class='column2'>
   <b:section class='addwidget' id='col2' preferred='yes'    style='float:left;'>
    </b:section>
   </div>
   <div class='column3'>
   <b:section class='addwidget' id='col3' preferred='yes'    style='float:right;'>
   </b:section>
    </div>
   <div style='clear:both;'/>
   </div>
   <b:section class='footer' id='footer'/>


Save template.

tutorial ini boleh juga digunakan pada templete yang berbeza width, kerana columns yang ditambah telah disetkan secara auto mengikut saiz kelebaran width template anda.

Yang Betul,

Read more...

Serangan Telur

Tuesday, December 1, 2009

Jika anda memandu pada waktu malam, tiba-tiba anda diserang pada cermin hadapan dengan menggunakan telur. Jangan gunakan wiper ataupun penyembur air.

Kerana telur apabila dicampur dengan air akan menjadi keputihan seperti susu dan akan menghalang pemandangan anda untuk memandu sehingga 92.5%. Kemudian anda terpaksa berhenti di tepi jalan seterusnya menjadi mangsa kepada perompak. Ini adalah teknik baru yang digunakan oleh perompak mahupun penyamun di Johor Bahru.
Sila informkan pekara ini pada rakan², keluarga dan saudara mara anda dan ambil serius mengenai pekara ini.

p/s:- pesanan ini dibawakan oleh khidmat masyarakat. :-) dulu orang guna telur untuk masakan jer. skarang ni untuk merompa
k pun orang guna telur gak. pelik² sekarang ni kan..

Yang Betul,

Read more...

Rawatan Histeria

Monday, November 30, 2009


Sedikit perkongsian ilmu yang diperolehi dari ustaz Syarhan Shafie At-Tobibi.
Pesakit histeria hendaklah dikumpulkan dalam satu bilik agar tidak bercampur dengan orang lain ini untuk mengelakan merebaknya mangsa yang lain.
Jangan azan secara terbuka kerana ia boleh membuatkan jin histeria bertempiaran dan memudaratkan orang lain

Genggam tapak tangan dan bacakan
"Dengan Nama Allah, apa yang dikehendaki oleh Allah"

Tiup pada tangan dan tepuk pada antara dua belikat pesakit niat untuk mengeluarkan jin dari badan pesakit. insyaallah pesakit histeria sembuh dengan izin Allah.

Juga sebagai tambahan ,boleh juga bacakan bersama Surah Fatihah, ayat kursi, al Ikhlas, Al falaq dan An Nas serta ayat tersebut ditiub pada tangan dan menepuk pesakit yang tidak sedarkan diri, dengan izin Allah sedar pesakit tersebut.

Semoga Allah memberi kesejahteraan kepada Ustaz Syarhan diatas perkongsian ilmu yang disampaikan oleh beliau.

"..sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah"
Surah an-nisa ayat 76

Wallahu a'lam.

Yang Betul,

Read more...

Teknik Penyamaran

Sunday, November 29, 2009

Sekadar perkongsian dan renungan betapa hebatnya ciptaan Ilahi. Semoga kite sentiasa berasa kagum dengan kehebatan dan kekuasaanNYA..
















Yang Betul,

Read more...

Selamat Hari Raya AidilAdha

Thursday, November 26, 2009


Assalamualaikum w.b.t,
Ermm.. testing 1 2 3.. heheh.. dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat korang semua. Terima kasih sangat² kerana menyokong blog TKSB selama ini. Mungkin satu hari nanti kite akan bertemu dan menjadi kawan baik, boleh jadi kalau dah ramai, boleh jadi satu keluarga bak kata kak zai. :-P Ape pun, korang jangan lupa ziarah menziarahi ek. Makan sup ekor tu ingat² la kat aku banyak ek. Xmo ingat sikit jer kat aku. hueheuhe.. Ok, selamat berhari raya bersama keluarga tersayang dan insan tercinta. :-)


p/s:- posting ni aku dah set kan time dia kuar waktu hari raya. Coz hari raya aku sibuk melapah unta. Mesti tak sempat nak ucap Selamat hariraya kat korang time ni. heheh..
Yang Betul,

Read more...

Membuat Favicon

Kita bertutorial lagi kali ni. :-) ni last sebelum aku balik beraye AidilAdha. hueheuhe.. selamat berhari raya smua. Ok, jom mulakan tutorial.
Apa tu favicon?.. Favicon adalah gambar yang terpapar disebelah kiri url website. Contohnya macam ni.

Cara² untuk membuatnye (cewahh.. cam nak masak² plak. :-P )
1. Korang mesti kena ada gambar berukuran 100px X 100px.
(pic ni aku pinjam dari ady. nanti tahun depan sy bg balik yer ady. :-P )

2. Pergi ke website iconj.com ataupun klik sini.
Cari(browse) dimana gambar yang korang nak jadikan dia sebagai favicon tu. Lepastu klik pada "Upload it!".

3. Selepastu, paparan seperti dibawah ni akan terpapar.
Korang copy koding yang ada dalam kotak merah yang telah ditandakan oleh encik wanshah tu, lepastu login ke dashboard blog korang.

4. Klik pada tab Layout --> Edit Html.

5. Kemudian, paste kan koding yang korang copy dari iconj.com tadi tepat² dia atas koding </head> contohnye seperti dibawah ni.

6. Korang boleh klik Save Template dan pergi ke halaman utama blog. dan korang boleh lihat hasilnya.
terima kasih kerana sudi membaca entry ni. :-P

Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP