Followers

Showing posts with label bantuan. Show all posts
Showing posts with label bantuan. Show all posts

Bantu Adik Amar

Sunday, February 28, 2010

Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.
Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini > mylife-asz.blogspot.com



Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.

Yang Betul,

Read more...

Serangan Telur

Tuesday, December 1, 2009

Jika anda memandu pada waktu malam, tiba-tiba anda diserang pada cermin hadapan dengan menggunakan telur. Jangan gunakan wiper ataupun penyembur air.

Kerana telur apabila dicampur dengan air akan menjadi keputihan seperti susu dan akan menghalang pemandangan anda untuk memandu sehingga 92.5%. Kemudian anda terpaksa berhenti di tepi jalan seterusnya menjadi mangsa kepada perompak. Ini adalah teknik baru yang digunakan oleh perompak mahupun penyamun di Johor Bahru.
Sila informkan pekara ini pada rakan², keluarga dan saudara mara anda dan ambil serius mengenai pekara ini.

p/s:- pesanan ini dibawakan oleh khidmat masyarakat. :-) dulu orang guna telur untuk masakan jer. skarang ni untuk merompa
k pun orang guna telur gak. pelik² sekarang ni kan..

Yang Betul,

Read more...

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Monday, November 16, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kawan² mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk
NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL

NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan
ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati.

Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan perbelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH
ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.


Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2

Latest info, Alia akan dibedah pada paru-paru & perut pada17 November ini.
Sekarang berada di rumah menunggu tarikh tersebut.
Confirmed oleh bapa beliau (012-6719840)

p/s:- petang smalam lepas dapat email saya terus sms ayah nazirah encik ismail dan beliau mengesahkan yang berita ini betul dan bukan rekaan semata² untuk kepentingan sesetengah pihak. harap maklum.

Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP