Apa kata Dr. Fadilah Kamsah..
Sunday, January 17, 2010
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
p/s: renung²kanlah dan selamat beramal. (cam penah dengar jer ayat tu. tapi di mana ya?.. :-P )
Yang Betul,
7 comments:
Salam
Pohon izin tampal catitan ini di blog saya dan minta halalkan..
ya betul...kita kena keep reminding ourselves pasal keja ni...sbb selalu lupa..
Rush IswaraKu: boleh saja diambil catitan ini dong. :-P
errrmmm arini dtg keje ngan semangat (kononnye) hehehe...
penah pg kursus dato fadzilah, best. izi haji ali yg renung2kan pun penah g. sama best je ngan dato fadzilah kamsah
Salam
pergi kerja tmpat br dlm berdebar2.. tapi ceria.. bersemangat.. tanggungjwb, komitmen, kepercayaan telah di letakkan...
thanks for sharing...
salam wan..
dah lama kak zai tak bertandang ke sini...komen ini mungkin buat kedua kalinya utk tahun ini kot rasanya..
sebenarnya mmg benar kata dr fadhilah kamsah tu..kita harus kenali dimana potensi diri kita kerana kita adalah apa yg kita fikirkan...kak zai percaya kita semua adalah seorang juara dan mampu menggapai segala impian jika kita berusaha ke arah itu..lihatlah bagaimana ahli akrobatik dan jimnastik dari china yg mampu melakukan aksi2 yg mengagumkan yg jika difikirkan sesekali adalah diluar kewarasan fikiran ttp mereka ttp buktikan bahawa mereka mampu melakukan apa yg mustahil bagi orang lain katakan..jadi fikir2kanlah..hehehe..ok adikku sayang..syabas.. !!!
salam ukhwah,
saya dtg ziarah dgn harapan agar tuan rumah sihat2 n dalam rahmat Allah selalu:)
and blom terlambat rasanya untuk sy ucapkan selamat pengantin baru buat bro wanshah n isteri..
doa utk pengantin :
"barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair" :)
p/s: ex madid ea? jun lepas sy n kwn2 ade wt arabic camp utk adik2 form 4 kat sana..seronok n byk kenangan :) bro asyraf ibrahim yg bwk kitorg, mayb asyraf tu ur fren kot..
Post a Comment