Followers

MyID percepatkan urusan orang ramai

Tuesday, January 19, 2010

Rasa cam dh terlambat jer nak publish berita ni. tapi tak pe la, untuk pengetahuan umum, aku post gak la sbg entry kat blog ni ek (sebenarnye takde idea nak wat entry nih. wawwawa.. tak ngaku plak wanshah nih.. ). Dah keje kat JPN, kena bgtau la. heuheuheu..

PUTRAJAYA 29 Dis. - Dengan hanya menggunakan nombor MyKad, orang ramai kini boleh mencapai pelbagai kemudahan di agensi kerajaan tanpa perlu mengingati
nombor rujukan yang berlainan untuk setiap urusan.
Sistem terbaru dikenali sebagai MyID itu merupakan pertama seumpamanya di dunia dan diyakini dapat melicinkan lagi urusan orang ramai dengan agensi kerajaan.
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Normah Md. Yusof berkata, perkhidmatan tersebut tidak hanya
menjurus kepada perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat tetapi merangkumi perkhidmatan kaunter, telefon atau penggunaan borang.
''Dengan memperkenalkan MyID, pengguna hanya menggunakan nombor MyKad sahaja ketika berurusan dengan agensi berlainan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
''Ia dapat mengelakkan masalah di mana orang ramai terpaksa berpatah balik ke rumah kerana terlupa nombor rujukan untuk sesuatu urusan, mereka tidak perlu lagi
mengingati nombor yang banyak," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Normah berkata, soal keselamatan maklumat peribadi pengguna tidak timbul dengan pengenalan MyID.
"Agensi kerajaan berkenaan boleh membuat pengesahan identiti sebagai semakan peringkat kedua sebelum akses kepada maklumat dibenarkan," katanya.
Normah berkata, selari dengan pengenalan MyID, semua agensi kerajaan perlu memastikan semua saluran urusan sedia ada dapat menyokong MyID.
Menurutnya, semua dokumen yang dikeluarkan untuk individu umpamanya perlu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan.
"Agensi kerajaan perlu memastikan semua pegawai yang berurusan dengan orang awam hanya meminta nombor MyKad sebagai nombor rujukan untuk warganegara Malaysia.
"Agensi juga perlu memastikan bahawa borang yang dibekalkan kepada warganegara Malaysia hanya mengkehendaki pengisian nombor MyKad dan bukannya nombor rujukan lain," katanya.
Beliau berkata, MyID akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
"Kita akan mengedarkan buku risalah mengenai perkhidmatan yang boleh menggunakan MyID pada hari pelancaran.
"Antara perkhidmatan yang telah melaksanakan MyID adalah semakan profil pencari kerja dan permohonan dan semakan daftar rakyat termiskin," katanya.


Yang Betul,

7 comments:

yui January 19, 2010 at 7:16 PM  

kena jaga leklok la
takut chip dia rusak
hah-ha

Salahuddin Harith January 19, 2010 at 8:44 PM  

bagus langkah kerajaan ni, memudahkan rakyat dan mengurangkan birokrasi...kurang-kurang our mykad tu berguna...

cuma, kena tambahkan ciri-ciri keselamatan dari masa ke semasa...untuk mengelakkan masalah berkaitan

Ahmad Zulfadhli January 19, 2010 at 8:44 PM  

sistem die kene pastikan secure dulu.. baru boleh laksanakan.. takut2 dieksploitasi oleh pihak yang x bertanggungjawab/berkepentingan..

..nOj.. January 19, 2010 at 11:09 PM  

errmmm ok gak rasenye tu. senang kan utk seme urusan. xyah la kena ingat urusan ngan pihak A ape nombor rujukan, pihak B ape, pihak C ape plak.

MaizaC'Joe January 20, 2010 at 6:46 AM  

ok gak tue... mempercepatkn urusan.. tambah2 sekarang nie.. semua nak cepat....

p/s : ada la kerja2 trtentu.. dari bidang IT di tugaskan buat sementara ( di pinjam utk handle akaun.. oh.. pening kepala...) Tapi ok la dlm proses penambahbaikkan " masih belajar dan di ajar"

~aSHa~ January 20, 2010 at 5:55 PM  

ermmm bagus dah skrg ni kan

keje jpn ek..leh ar tlg cari sedara mara yg hilang kan? leh ke?

wanshah January 21, 2010 at 4:44 PM  

insyAllah boleh je kak asha. ada sedara mara yang hilang ke?..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP