Followers

Showing posts with label hangat. Show all posts
Showing posts with label hangat. Show all posts

Old Town White Coffee

Thursday, November 5, 2009



Pagi tadi(harini 6/11/2009) aku dapat email dari seorang kawan mengenai Old town White Coffee. mesti korang sume tau cafe tu kan?.. berlambak² francais dia kat Malaysia ni. Mesti korang penah makan @ singgah kat situ la. jangan kata korang, aku pn penah gak. tapi takde la selalu sangat. Coz aku ni jenis tak suka sangat tempat² yang branded² and mahal². aku lagi suka tempat² biase jer. Tapi yang menjadi masalahnye kat sini, bukan la tempat tu mahal ke tak. tapi ada seperkara yang aku rasa patut kita amik tau. ni untuk pengetahuan korang sume la. Khas untuk Umat ISLAM kat Malaysia ni. So, aku attach kat sini email yang dia bagi kat aku tadi. aku tak pasti benda ni betul ke tak. kalau ada sesiapa yang bleh confirmkan benda ni betul @ salah, sila la komen kat posting ni ek. dan aku akan amik tindakan. ni untuk tontonan korang jer.



------------- Email From someone@yahoo.com -------------

Assalamualaikum
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.
Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah

"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"

Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.
Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.

Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee

Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam..
Fikir-fikir lah..
Salam

" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "

*petikan diterima dari seorang teman.



Yang Betul,

Read more...

iPhone gerakkan kereta.

Tuesday, November 3, 2009

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki mengendalikan sebuah kereta dengan menggunakan iPhone.



BERLIN - Masihkah anda ingat adegan ejen perisik James Bond menggunakan kereta kawalan jauh untuk menyelamatkan diri daripada bahaya dalam filem Tomorrow Never Dies?

Teknologi itu kini menjadi satu realiti selepas sekumpulan saintis komputer di sebuah universiti Jerman membangunkan aplikasi yang menukar fungsi telefon bimbit pintar, iPhone menjadi alat kawalan jauh pada sebuah kereta mereka.

Dengan menekan butang pada skrin sesentuh iPhone, pemandu kereta berkenaan boleh mengawal stereng, brek dan pedal minyak walaupun dia berada di luar kenderaan.

Teknologi itu dikenali sebagai Autonomous Car dilengkapi pelbagai fungsi elektronik seperti sensor laser tiga dimensi (3D) selain sistem pengesan kedudukan global (GPS) dan Internet wayarles (WiFi).

Terdapat sebuah kamera video pada papan pemuka kereta itu yang menghantar isyarat video ke iPhone bagi membolehkan pemandu melihat pemandangan di depan kereta sekali gus mengawal kenderaan.

Alat kawalan jauh dan kereta itu yang dinamakan 'Semangat Berlin' dihasilkan oleh Kumpulan Kepintaran Buatan (AI) Universiti Freie di sini diketuai Professor Raúl Rojas. - Agensi

Sumber : Kosmo



Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP