Followers

Solat Subuh di Masjid

Monday, January 25, 2010

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .


Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu kamu berubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .


Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong atau takbur sesama manusia, sekalipun kita berpangkat atau berilmu - kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"


Yang Betul,

Read more...

Penipuan terbaru..

Sunday, January 24, 2010

Entry kali ni berkenaan satu email yang dikirimkan oleh seorang kawan. Harap boleh sebar²kan berita ni. Mungkin suatu hari terkena pada family kita.

Email seperti yang diterima:
Kepada semua,

Saya tidak boleh berhenti dari berkongsi perkara ini dengan anda semua.

Ianya bermula apabila saya menerima satu panggilan telefon daripada seseorang menyatakan dia membuat panggilan dari Maxis dan dia menyuruh saya shutdown telefon bimbit selama 2jam untuk mengupdate 3G. Oleh kerana saya sibuk dengan meeting, saya tidak bertanya apa² soalan dan lantas shutdown telefon bimbit saya.

Selepas 45minit berlalu, saya merasa sesuatu yang meragukan apabila teringatkan yang pemanggil tadi tidak memperkenalkan nama beliau. Saya cepat² turn-on kan semula telefon bimbit saya dan saya menerima message mis-call dari family saya dan nombor yang lain adalah daripada nombor yang call saya awal² tadi - 3954380

Saya call ibubapa saya dan amat terkejut kerana mendengar suara mereka sangat ketakutan dan risau sambil menanyakan saya selamat atau tidak. Mak ayah saya kata, mereka telah menerima satu panggilan dari seseorang yang menyatakan saya ada bersama mereka dan meminta duit untuk membebaskan saya. Panggilan itu seolah² real, dan mak ayah saya juga mendengar bunyi suara saya menangis dan menjerit meminta tolong. Mak ayah saya berada di bank sewaktu saya call dan menanti panggilan seterusnya dari orang tersebut untuk membuat pemindahan duit. Saya memberi tahu mak ayah saya yang saya berada dalam keadaan baik dan selamat dan menyuruh mereka ke balai polis untuk membuat report.

Selang beberapa minit selepas itu, saya menerima panggilan dari lelaki tersebut menyuruh saya shutdown telefon untuk 1jam lagi. Saya tidak mengendahkan dan terus meletak panggilan tersebut. Lelaki tersebut terus menerus menghubungi saya sehingga bateri telefon bimbit saya habis. Saya sendiri membuat laporan polis dan saya difahamkan oleh pegawai polis disitu bahawa polis telah menerima banyak laporan berkenaan penipuan sedemikian rupa. Kebanyakan kes yang dilaporkan, mangsa telah pun menyerahkan duit! dan mustahil untuk mendapatkannya kembali.

Olehitu berhati²lah dengan penipuan sedemikian rupa yang boleh terjadi pada diri kita sendiri! Lelaki tersebut sangat professional dan sangat meyakinkan sewaktu bercakap. Jika anda disuruh shutdown telefon bimbit anda untuk sebarang update dari service provider, TANYA DULU!! samada keluarga atau rakan anda menerima panggilan yang sama atau tidak..

Sentiasa Selamat, dan sentiasa peka.
Tolong sebarkan kepada keluarga dan rakan² anda.

p/s: email diatas ditranslate dari email asal yang menggunakan english language. Jika ada mana² yang tersilap atau tak faham, harap² dimaafkan lah yer.. :-) so, stay alert and be safe. cewah.. speaking plak incik wanshah ni. huhuhuh..

Yang Betul,

Read more...

Mimpi mengandung..

Thursday, January 21, 2010

dlm pic tu bukan tangan wanshah & wife ek. :-P

Mimpi mengandung?.. sape yang mengandung tu?.. korang jangan salah faham plak. bukan incik wanshah yang mengandung ek. Huhuhuhu.. kalau incik wanshah yang mengandung, masalah besar tuh. wawawa..

Sebenarnya takde sape yang mengandung. Saje je nak tanya pendapat korang. Kot² la sape² yang ada experience pasal mimpi mengandung nih. huhuhu.. Malam tadi aku tido lambat gak la. tengok Datuk Lee Chong Wei lawan badminton. Ntah pkl berape tido pun tak ingat la. :-) ntah camne bleh termimpi wife mengandung pun tak tau la. jaga² jer dah subuh. tido tak basuh kaki kot (huhuhu.. kantoi plak tido tak basuh kaki incik wanshah nih. :-P). Kalau ada sape² yang ada experience kongsi² la ek. Kalau tu petanda baik, Alhamdulillah la. mana tau cz ada rezeki bleh dapat sorang ke. huhuhu..

p/s: jaga dan didiklah anak anda kerana ia suatu rahmat dari Allah swt yang tak ternilai harganya. cz anak yang soleh dan solehah tu la yang akn mendoakan kesejahteraan kite bile kite dah takde nanti. :-)



Yang Betul,

Read more...

MyID percepatkan urusan orang ramai

Tuesday, January 19, 2010

Rasa cam dh terlambat jer nak publish berita ni. tapi tak pe la, untuk pengetahuan umum, aku post gak la sbg entry kat blog ni ek (sebenarnye takde idea nak wat entry nih. wawwawa.. tak ngaku plak wanshah nih.. ). Dah keje kat JPN, kena bgtau la. heuheuheu..

PUTRAJAYA 29 Dis. - Dengan hanya menggunakan nombor MyKad, orang ramai kini boleh mencapai pelbagai kemudahan di agensi kerajaan tanpa perlu mengingati
nombor rujukan yang berlainan untuk setiap urusan.
Sistem terbaru dikenali sebagai MyID itu merupakan pertama seumpamanya di dunia dan diyakini dapat melicinkan lagi urusan orang ramai dengan agensi kerajaan.
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Normah Md. Yusof berkata, perkhidmatan tersebut tidak hanya
menjurus kepada perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat tetapi merangkumi perkhidmatan kaunter, telefon atau penggunaan borang.
''Dengan memperkenalkan MyID, pengguna hanya menggunakan nombor MyKad sahaja ketika berurusan dengan agensi berlainan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
''Ia dapat mengelakkan masalah di mana orang ramai terpaksa berpatah balik ke rumah kerana terlupa nombor rujukan untuk sesuatu urusan, mereka tidak perlu lagi
mengingati nombor yang banyak," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Normah berkata, soal keselamatan maklumat peribadi pengguna tidak timbul dengan pengenalan MyID.
"Agensi kerajaan berkenaan boleh membuat pengesahan identiti sebagai semakan peringkat kedua sebelum akses kepada maklumat dibenarkan," katanya.
Normah berkata, selari dengan pengenalan MyID, semua agensi kerajaan perlu memastikan semua saluran urusan sedia ada dapat menyokong MyID.
Menurutnya, semua dokumen yang dikeluarkan untuk individu umpamanya perlu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan.
"Agensi kerajaan perlu memastikan semua pegawai yang berurusan dengan orang awam hanya meminta nombor MyKad sebagai nombor rujukan untuk warganegara Malaysia.
"Agensi juga perlu memastikan bahawa borang yang dibekalkan kepada warganegara Malaysia hanya mengkehendaki pengisian nombor MyKad dan bukannya nombor rujukan lain," katanya.
Beliau berkata, MyID akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
"Kita akan mengedarkan buku risalah mengenai perkhidmatan yang boleh menggunakan MyID pada hari pelancaran.
"Antara perkhidmatan yang telah melaksanakan MyID adalah semakan profil pencari kerja dan permohonan dan semakan daftar rakyat termiskin," katanya.


Yang Betul,

Read more...

Apa kata Dr. Fadilah Kamsah..

Sunday, January 17, 2010

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

p/s: renung²kanlah dan selamat beramal. (cam penah dengar jer ayat tu. tapi di mana ya?.. :-P )


Yang Betul,

Read more...

Model MPV Terbaru Proton

Friday, January 15, 2010










ape macam bro?.. nak tumpang ke?..


p/s: kalau nak order, boleh terus ke bali yer. :-P natural aircond. nyaman dan segar. huhuhu..

Yang Betul,

Read more...

Cabutan Bertuah MDM 2010

Kepada korang² semua, aku ada join satu contest dari blog kak asha(kena panggil akak la cz aku muda lagi. :-P) Hadiah cam best jer. So, ape lagi, jom la serbu ek. kite rebut hadiah cabutan bertuah. Cepat².. tarikh tutup dia pada 10 FEBRUARI 2010. Rugi kalau tak join. mana tau cz ada rezeki bleh dapat hadiah cabutan bertuah ke. :-P

Untuk menyertai, korang boleh terus ke link ni. http://mdm7781.blogspot.com


Yang Betul,

Read more...

Gerhana Bulan malam ni...

Thursday, January 14, 2010

Aduss.. letihnye dua tiga harini. Bz betul aku minggu ni. sampai tak sempat nak update blog nih minggu ni. (fuyyooo.. kalah PM nak dibandingkan ngn bz ko ni wanshah.. huahuahuahau.. ) Start dari hari isnin haritu aku bz ngn kursus kat Petaling Jaya. Kursus adobe flash CS4 intermediate. Blasah jer la dah kursus free orang bagi. Kalau nak gi sendiri, 700 800 gak la duit melayang. huhuhu.. Aku memang minat bab² multimedia nih. Cume saje jer tak nak tunjukkan bakat. huheuheu..

Ok², ni dah lari tajuk dah nih. huhuhu.. aku nak bagitau pada korang² yang tak tau lagi, malam ni sekali lagi gerhana matahari akan berlaku di Alam Semesta kita nih. (waa.. ayat skema.. :-P) Tapi gerhana matahari kali ni lebih cantik. Sebab kali ni gerhana matahari berbentuk cincin. Contoh yang korang boleh tengok, gambarnya seperti dibawah ni.

Tapi nak diingatkan, pakar² astronomi menasihatkan supaya kita tidak melihat tepat pada gerhana tersebut secara direct ataupun tanpa menggunakan sebarang penghalang. Kerana boleh menyebabkan mata korang buta.

Aku dengar² kata, harini kat planetarium ngn masjid negara, diorang ada menyediakan equipment untuk korang meneropong gerhana matahari tersebut. Alat tersebut memang khas untuk korang gunakan untuk tengok anak bulan. Eh, gerhana matahari la. huheuhueh.. yang penting, diyakini selamat digunakan. :-)

So, jom la kita sama² gi tengok ek. aku nak tunggu sampai bulan tu tepat kedudukan dia kat tengah² matahari. macam gambar kat bawah ni. Sebab ahli astronomi kata kat malaysia boleh nampak macam gambar kat bawah ni.

p/s: sapa² nak gi tengok jangan lupa ajak aku ek. :-D


Yang Betul,

Read more...

Gambar Kawin..

Thursday, January 7, 2010

Assalamualaikum w.b.t
Firstly, maaf sangat² pada sume member² yang tertunggu² aku post kan gambar majlis perkahwinan aku haritu. Oleh kerana photographer terlambat bagi gambar kat aku, so tu yang lambat post kat sini. (nanti korang marah abg fotographer tu ek. sbb dia aku lambat share ngn korang gambar kawen. hueheheuheu.. )

Klik pada gambar untuk besarkan saiz image. (sama la tu image ngn gambar wanshah oitt.. heuheuehue.. )


Gambar diatas tu diorang sambut pengantin ngn mercun. ntah sape punye cadangan pn xtau la. xde plak sesape bgtau aku ada pasang mercun. sampai² jer kat halaman rumah, ada la pakcik tu halang pengantin jangan bg jalan dulu. diorang mau pasang mercun. aduss.. bingit telinga..



Huhuhh.. amacam? terliur tak tengok udang tu?.. :-P tapi aku tak makan pun. makan nasik jer. cover² la katakan. nak makan segan gile.. wawawawa... ruginye..

Gambar yang kat hujung tu la gambar mem. :-P tak ikut susunan dah gambar aku nih. blasah jer la ek..


Ni plak gambar mak mertua dengan gambar mak. mak yang pakai tudung kelabu, mak mertua plak yang pakai tudung hijau tu.


Segannye nak makan depan orang ramai.. wawawa.. takpe la.. sekali seumur hidup. ada gak orang tanya aku Tak Nak Dua Kali Ke? (hohoho.. tak mo la teman. sorang pun dah cukup. bior la orang lain plak. )


Kek perkahwinan wanshah dan nur saadah.


Ni plak gambar anak buah baru aku. Nama dia MUHAMAD DARWISY ISKANDAR. Anak kepada angah aku. Yang bestnye, umo dia sama ngn tarikh perkahwinan aku kat melaka haritu iaitu pada 12/12/2009. (wahwahwah.. skemanye ayat ko ni wanshah.. :-P) Darwisy ni lahir pada pukul 9.20pagi. Habis jer kenduri kat melaka, terus family aku balik ipoh. biasa la nak tengok orang baru la katakan. :-) ape pun, tahniah untuk angah dan kak ipar aku.


Ni plak gambar Arissa Damia & Arissa Dania. Anak buah kembar aku yang penah aku wat posting kat blog ni haritu. Korang bleh tengok sini. Wahwahwah.. dah besar dah budak duorang nih. dah makin comel ek. :-P Kebetulan time kenduri kat ipoh haritu, diorang baru jer habis pantang. tu yang bergaya kemain siap pakai cekak bunga² lagi. tu sume pakcik² ngn makcik² dia punye keje la tu. :-)


Ni gambar si adik tengah tido. uihh.. sweetnye dia tido yer. lena betul. :-) siap berposing lagi tuh..


Ni plak ntah anak sape la nih. saje jer aku tempek kat blog nih. huhuhu.. jangan mare ye bapaknye.. :-D ada banyak lagi pic yang aku tak letak kat sini. coz nanti lambat gler plak korang nak loading page ni. kalau nak tengok lagi pic aku, korang PM jer aku kat ym sebelah ni ek?.. :-)

p/s: jangan lupe komen ek?.. komen anda amat²lah dihargai oleh saya. :-)
Yang Betul,

Read more...

Apa pendapat korang?..

Wednesday, January 6, 2010

Apa pendapat korang berkenaan banner blog nih yang aku baru gatai² touch-up nih?.. nampak cam pelik jer.. wawawa.. banner asal dah takde. Dalam erti kata lain, OK ke KO banner blog aku nih?..

p/s: sila la bagi pendapat kat komen dibawah ek.


Yang Betul,

Read more...

Oh Mertuaku..

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.
p/s: hueheuhue.. korang faham² sendiri la ape maksud hujunnya tu ek. :-P jgn lupe komen. tq³..

Yang Betul,

Read more...

Isteriku Liza

Tuesday, January 5, 2010

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

p/s: hueheuheue.. cite ni sekadar merelease tension korang² jer. :-P


Yang Betul,

Read more...

Jom bantah Herald!!

Monday, January 4, 2010


Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Adakah anda :
1) Setuju dengan keputusan tersebut
2) Tidak ambil kisah
3) Tidak setuju sama sekali dan membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut

Jom kita sama-sama memboikot keputusan tersebut demi memartabatkan maruah agama Islam yang tercinta.

Klik link dibawah ni untuk ke page undian:
http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php

Yang Betul,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP